NARATHIWAT: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati dua penduduk kampung di daerah yang sedang bergolak, selatan Thailand, iaitu mangsa terbaru dalam pemberontakan yang sudah berlanjutan enam tahun di wilayah majoriti penduduknya beragama Islam, kata polis Thailand, hari ini.
Beliau berkata, ketua daerah dan seorang bekas pihak berkuasa kampung, iaitu kedua-duanya beragama Islam, dibunuh oleh empat lelaki bermotosikal lewat semalam ketika mereka sedang duduk di kedai Teh bersama rakan-rakannya di wilayah Narathiwat.
“Di daerah sama, pemberontak yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan kepada seorang anggota polis yang sedang dalam perjalanan pulang daripada bersembahyang di masjid sehingga mengakibatkan beliau cedera parah,” katanya. – AFP