Mengikut laporan dari deepsouthwatch.org menunjukan bahawa keganasan di Patani kembali meningkat pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2008 ,ini adalah laporan perkembangan dari tahun 2004-2009 :

Jumlah kematian meningkat 4100 orang ,Muslim (Melayu) 2417 dan Budha (Siam) 1559 adapun 124 lagi tidak diketahwi identiti mereka berarti Ummat Islam Melayu 59% dan Budha Siam 38%.

Jumlah Peristiwa keganasan sebanyak 9446 Kali dibahagi mengikut tahun seperti berikut:

Tahun     Jumlah Kejadian Setahun    Sebulan     Sehari     Jumlah Mati dan Cedra

2004         1836 Kali                              153  Kali     5.1 Kali       1654 Orang.

2005         2173 Kali                              183 Kali      6.1 Kali       1675 Orang.

2006         1847 Kali                              154  Kali     5.2 Kali       1913 Orang.

2007         1850 Kali                           154.2  Kali     5.2 Klali      2337 Orang.

2008          821  Kali                             68.3  Kali     2.3 Kali       1285  Orang.

2009         1035  Kali                            86.3  Kali      2.9  Kali      1651 Orang.

Kita dapat melihat dari statistik terdapat bahawa jumlah keganasan tahun 2009 meningkat sebanyak 26%dan jumlah kemalangan jiwa dan cedra meningkat sebanyak 28%, jumlah Kematian dan cedra pada tahun 2009 kembali meningkat sebagai tahun 2004 dan 2005.ini menunjukan bahawa walaupun jumlah kejadian tahun 2009 lebih rendah jika berbanding dengan tahun 2004 dan 2005 tetapi Kajadian yang membabitkan kemalangan jiwa dan cedra terlebih tingi jika berbanding dengan tahun2 sebelumnya.Pada tahun 2004 jumlah kemalanganjiwa dan cedra secara pukulrata  0.9  Orang setiap kali  Pada 2005 sebanyak 0.78 Orang ,pada 2006 sebanyak 1.04  Orang ,pada 2007 sebanyak 1.27  Orang,Pada 2008 sebanyak 1.57 Orang,pada 2009 sebanyak 1.6 Orang.

Kita terdapat bahawa setiap peristiwa pada tahun 2009 lebih Kuat dan ramai yang cedra dan kemalangan jiwa jika berbanding dengan tahun2 yang sebelumnya.

Peperangan selama 6 tahun dari 2004 sampai sekarang tidak ada tanda keadaan akan kembali damai walaupun tentera Thai yang mengawal di Patani lebih dari 140 ribu orang dan perintah darurat dikenakan bagitu juga lebih dari 5 miljar dollar amerika telah dibelanjakan , tidak dapat dipatahkan perjuangan pembebasan Patani,ini menunjukan bahawa polisi kerajaan Thai dengan menguna kekerasan dan usaha membeli rakyat Patani tidak berhasil,kerajaan Thai perlu mengambil langkah Filipine ,Indonesia dan Sudan dengan mengadakan rundingan damai dengan Pertubohan yang mempunyai angkatan bersenjata kerana mereka adalah sebahagian dari konflikt ,tampa persetujuan mereka  konflik di Patani tidak dapat diselesaikan.