Badan hak asasi manusia (Human Rights Watch) yang berpusat di Newyork meminta sepaya Thai membuat selidikan diatas kematian seorang tahanan dalam kem tentera Inkhayuthboriharn Telaga bakom daerah Nongcik wilayah Pattani yaitu Encik Sulaiman Naesa, 25 tahun yang mati dalam keadaan mencurigakan pada tarikh 30 Mei 2010.Angkatan  Tentera Darat Thai  mengata bahawa Sulaiman membunuh diri  dengan menggantung diri dengan tuala. keluarga Sulaiman dan  kumpulan hak asasi manusia  tempatanmelapor  kepada Human Rights Watch bahawa mereka melihat apa yang mereka percaya adalah tanda-tanda penyiksaan di tubuh simati, termasuk darah menetes dari alat kelaminnya, luka di sebelah kiri leher, dan luka di belakangnya.

“Tentera Thailand yang memerangi pemberontakan pemisah di selatan sulit, tapi itu bukan alasan untuk perlakukan brutal terhadap orang yang berada dalam tahanan,” kata Elaine Pearson pengarah Human Rights Watch di Asia . “Kematian Sulaiman menimbulkan kebimbangan bahawa tentera sekali lagi menggunakan kaedah penyeksaan dan kaedah yang haram lain terhadap para tahanan.”kata Encik Pearson.