26/09/2010 4:14pm

KOTA BAHARU 26 Sept. – Malaysia akan merangka satu pelan tindakan ekonomi dalam usaha mengukuhkan jalinan kerjasama di lima wilayah yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama erat untuk membangunkan lima wilayah di utara Malaysia dan Selatan Thailand itu akan direalisasikan bagi memangkin ekonomi dan kemajuan di kedua-dua sempadan berkenaan.

“Sebagaimana yang kita ketahui, utara Malaysia kurang maju, begitu juga Selatan Thailand yang boleh dikatakan kawasan yang agak ketinggalan.

“Justeru inisiatif untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama erat bagi membangunkan ekonomi di kedua-dua kawasan itu akan diteruskan kerana banyak faedahnya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Dagangan Kota Baharu (KBTC) di sini hari ini. – Bernama

Dari utusan Malaysia