Patani : 11 March 2011

Kejadian di Patani  dalam minggu pertama bulan March 2011 seperti berikut :

1- Sebuah bom tanam meletup di daerah Saiburi wilayah Narathiwat pada 1 March jam 6.45 pagi menyebabkan seorang Siam cedera.

2- Seorang Melayu bekas tentera Thai ditembak di kawasan Kelisa daerah Ranget wilayah Narathiwat mengalami cedera parah,mangsa tersebut ditembak pada 2 March jam 2.30 petang,mangsa dilaporkan pernah 2 kali ditembak dan ini adalah kali yang ketiga,beliau masih bernasib baik ajarnya belum tiba.

3- Seorang Melayu berumur 39 tahun ditembak mati sewaktu dalam perjalanan dengan motorsikal bersama anaknya sepaya pergi hantar anak kesekolah kejadian berlaku di kawasan Rusembilan daerah bandar Pattani wilayah Pattani kejadian berlaku pada 3 March jam 8.30 pagi.

4- Seorang imam maut mana kala seorang kawannya Tokkhateb cedera parah ditembak di daerah Kokpho wilayah Pattani kejadian berlaku pada 3 March jam 4.30 petang.

5-Seorang pemuda melayu ditembak mengalami cedera parah kejadian berlaku di Kalisa daerah Ranget wilayah Narathiwat pada 4 March jam 3.30 petang.

6- Seorang Sami budha  maut ditembak  di kawasan Lamai daerah bandar Yala  pada 5 March jam 8 pagi kejadian ini munkin ada kaitan dengan pembunuhan imam sehari sebelum sebagai tindak balas.

7- Seorang Siam maut ditembak di daerah tipa wilayah Songkhla kejadian berlaku pada 5 March .

8- sebuah bom meletup di daerah yaha wilayah Yala apabila sebuah kereta tentera melalui tempat bom yang ditanam walaubagimanapun tentera Thai bernasib baik kerana bom tidak kena sasaran kerana meletup terliwat beberapa detik kejadian pada 5 march jam 8 pagi.

9- Seorang sami budha cedera ditembak didaerah Kokpho wilayah Pattani  yaitu kawasan yang imam ditembak kejadian pada  5 March.

10- Sebuah bom seberat 3 kg dijumpai didaerah Kokpho wilayah Pattani pada 5 march jam 9 pagi pihak polis Thai berjaya musnahkan bom tersebut.

11- Sebuah bom meletup ditepi jalan didaerah Kakpha wilayah Pattani apabila sebuah kenderaan tentera Thai sampai ditepat kejadian  menyebabkan 3 tentera Thai cedera kejadian berlaku pada 5 march jam 9.30 pagi.

12- Pejuang pembebasan Patani melepas tembakan dengan menguna peluru bom m.80 kearah kem tentera aebanyak 15 buah tetapi tiada kemalangan jiwa dilapor kejadian berlaku di kawasan Tokjong daerah Nongchik wilayah Pattani pada 5 March jam 9.30 malam.

13- Tentera Thai diserang oleh pasokan bersenjata di kawasan berhampiran sekolah Azizistan di Kawasan Naprado daerah Kokpho menyebabkan seorang tentera Thai cedera kejadian berlaku pada 5 March jam 10 malam.

14-Sekumpulan bersenjata melepaskan tembakan kearah sepasokan tentera yang sedang berlari pada waktu pada jam 6.30 pagi 6 March menyebabkan seorang maut dan 4 dari tentera cedera kejadian berlaku  didalam bandar didaerah Yarang wilayah Pattani.

15-Seorang Siam maut dan seorang cedera parah ditembak di daerah Panarik wilayah Pattani pada 6 March jam 9 pagi.

16- Kem tentera Thai didaerah Krungpinang wilayah Yala diserang pada 6 March jam 7.50 pagi tiada kemalangan jiwa dilapor.

17- Seorang Melayu ditembak mati dihadapan kedai memperbaiki motosikal di kawasan Marebo naik daerah Chak irong wilayah Narahiwat pada 6 March jam 12 tengah hari.

18- Seorang pemuda Melayu ditembak di daerah takbai wilayah Narathiwat pada 6 March jam 10 malam mengalami cedera parah.

19- Satu serangan dengan melontar sebuah bom tangan kearah  rumah  polis menyebabkan 5 orang cedera kejadian berlaku didaerah sisakorn wilayah Narathiwat pada 7 march jam 11 pagi.

20- Sebuah kereta berisi bom meletup dikawasan letak kereta didapan balai polis Sisakorn wilayah Narathiwat menyebabkan 18 buah kenderaan rusak.

21- Bekas seorang polis Thai maut ditembak di daerah Panarik wilayah Pattani kejadian pada 7 March.

ini adalah sebahagian dari kejadian minggu pertama bulan March 2011,jika dilihat kejadian masih belum ada tanda2 perdamayan dan keamanan akan dipulih pada masa terdekat jika kerajaan thai tidak berusaha mencari perdamayan dengan pihak yang terlibat.