Patani : 17 March 2011

Kejadian di patani dalam tempoh separoh bulan march menunjukan bahawa keadaan di Patani masih hangat dan penyelesayan  dan polisi kerajaan Thai masih tidak betul dengan kehandak rakyat, kali ini kami laporkan kejadian dalam minggu kedua bulan March yangmana pada laporan yang lepas pihak Patanipost telah melaporkan tentang kejadian dalam minggu perta mamaka kejadian minggu kedua seperti berikut:

1- 8 March jam 3 petang Seorang Melayu dan isterinya sedang dalam perjalan dengan menungang motorsikal ditembak di kawasan daerah Bendangsetar wilayah Yala  mangsa bernama Muhamad Putih maut dan isterinya cedera .

2- 8 March jam 11.45 malam Seorang warga emas berbangsa Melayu bernama Abdullah Saleh 80 tahun maut ditembak oleh 2 orang yangbersenjatakan pistol,kejadian berlaku dalam kawasan Seteng daerah bandar Yala wilayah Yala.

3- 9 March jam 4.30 petang seorang polis ditembak  semasa beliau sedang memandu kereta di kawasan Makmawi  daerah Yarang wilayah Patani tetapi mangsa terselamat dari serangan.

4- 10 March jam 9.30 malam pasokan polis dantentera membuat kepongan keatas pondak di Lamai daerah bandar Yala dan menangkap dua orang dishaki terlibat dengan pejuang.

5- 10 March ,Mayat seorang Melayu dibunuh dijumpai di kawasan Budi daerah Bandar Yala ,mangsa bernama Usman Che Hab 30 tahun berasal dari daerah Chenek wilayah Narathiwat.

6- 10 March ,pasokan polis membuat kepongan kampong Krado daerah Yarang wilayah Pattani dan menangkap seorang Melayu bernama Apandi.

7-11 March jam 7.40 malam seorang Melayu maut ditembak dikawasan Gajah mati derah Bachak wilayah Narathiwat.

8- 11 March ,Penghulu kampong (Tokniban) ditembak mati di derah Nathawi daerah Songkhla.

9- 13 March ,polis dan tentera Thai membuat kepongan di kawasan Tebing daerah Saiburi wilayah Pattani menyebabkan pertemporan selama 5 minet hasilnya seorang pejuang Shahid.

10-13 March jam 10 30 pagi seorang tentera Thai ditembak  mengalami cedera di kawasan Kuala kawee daerah Sisakorn wilayah Narathiwat.

11- 14 March ,Sebuah kedai Emas di sungai kolok disamun dua ditembak mati dan 4 lagi cedera.

12- 15 March ,Seorang warga emas berbangsa Thai ditembak mati di kawsan Kaara ,chakuah daerah Raman wilayah Yala.

13- 15 March, 3 orang kampong berbangsa melayu maut apabila sepasokan bersenjata melepaskan tembakan kearah mereka bertiga.

Jika kita melihat dari kejadian pada separoh bulan March terdapat tidak kurang dari 35 kejadian berarti secara pukulrata 2-3 kejadian setiap hari ini menandakan keamanan di Patani masih jauh untok dikembalikan.