2011/05/20

YALA: Empat suspek militan maut awal pagi tadi selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan Thai di selatan negara itu.

Askar dan polis melancarkan operasi ke kawasan pedalaman di Wilayah Yala, berdekatan sempadan Malaysia sejak awal subuh untuk memburu lelaki terbabit yang dikatakan mempunyai hubungan dengan kegiatan keganasan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Semua keempat-empat mereka terbunuh dalam serangan yang berlarutan 15 minit itu dan polis turut merampas senapang dan pistol di tempat kejadian/

“Kami mengarahkan mereka supaya menyerahkan diri dan meletakkan senjata tetapi mereka tidak menghiraukannya,” kata Ketua Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan,
Panu Uthairat. – AFP

Dari berita harian Malaysia