Rakyat M'sia Di Thailand Perlu Berhati-Hati

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Narathiwat, Yala dan Pattani, Thailand dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap keselamatan diri.

Kementerian Luar melalui satu kenyataan berkata, mereka juga dinasihatkan menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan terjejas di negara berkenaan.

“Tidak terdapat laporan mengenai warga Malaysia terlibat oleh serangan bom di Bandar Yala, Selatan Thailand baru-baru ini tetapi mereka yang berada di tiga wilayah di Selatan Thailand perlu berhati-hati,” kata kenyataan itu,

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia di Thailand hendaklah menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan terjejas hingga keadaan bertambah baik.

Jelas kenyataan itu, Kementerian Luar  akan terus memantau perkembangan menerusi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsul Besar Malaysia di Songkhla. – mynewshub.my