Songkhla

 

Sebuah kereta berisi bom meletup di Bandar Hadyai yang mana kerajaan Thai menudoh pejuang pembebasan Patani sebagai dalang,Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1 petang di Hotel Lee Gardens Plaza di bandar yang menjadi tumpuan pelancong asing, dipercayai berpunca akibat letupan bom kereta  di bahagian ruang bawah tanah.

Datuk Bandar Hadyai, Prai Pattano berkata, lima orang disahkan terbunuh setakat ini dan beliau masih menunggu maklumat mangsa.

“Kira-kira 354 orang cedera dan 28 daripadanya dikejarkan ke hospital. Mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius dibenarkan pulang,” katanya.