Para pekerja penyelamat mengangkat satu mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di Yala, selatan Thailand pada 31 Mac lalu. – REUTERS

 

BANGKOK 2 April – Polis Thailand mengenal pasti satu kumpulan pemisah yang dipercayai menjadi dalang dalam serangan bom kereta di Yala dan Hatyai yang menyebabkan 14 orang terbunuh.

Polis berkata, kumpulan diketuai Sahudin Tohjehmah yang dilaporkan aktif di Ramandistrict, Yala merupakan suspek serangan di kedua-dua wilayah tersebut tiga hari lalu.

Polis percaya Hatyai akan terus menjadi sasaran serangan bom, lapor akhbar Bangkok Post.

Ketua Polis Negara Thailand, Priewpan Damapong berkata, beliau percaya letupan itu merupakan satu serangan terancang dan dilancarkan oleh orang yang sama.

Dari Utusan Malaysia