BANGKOK 3 April – Polis Thailand hari ini menahan seorang suspek pemisah dipercayai mempunyai kaitan dengan pengeboman di Hotel Lee Gardens di Hatyai pada 31 Mac lalu.

Samlee Puluduereh, 34, ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di daerah Mae Lan, wilayah Pattani. Turut dirampas semasa serbuan adalah sepasang playar dan dawai elektrik sepanjang 100 meter.

Pegawai berkata, Samlee menyerupai seorang daripada tiga individu yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta di hotel berkenaan.

Polissan  turut mengenal pasti beberapa lagi suspek yang dipercayai bersubahat dengan ketua kumpulan pemisah Sahudin Tohjehmah dalam kejadian pengeboman di selatan Thai tersebut.

Menurut sumber, Sahudin dalam letupan di Yala dipercayai dibantu Saifulloh Sahfru, yang juga rakan kepada Faisol Hayisama-ae, individu dikehendaki berhubung pembabitannya dalam serangan bom di lapangan terbang Hatyai pada 2005.

Dari Utu Malaysia