2012/04/05

  • Foto
  • FotoPEMILIK kedai dibenarkan masuk mengambil barangan berharga diiring anggota tentera dan polis Thailand di dalam Hotel Lee Garden, semalam. – Foto Eizairi Shamsudin

Militan lebih profesional lakukan serangan bom terbaru di selatan Thailand

PHNOM PENH: Malaysia dan Thailand bersetuju meningkatkan kerjasama dan memperketat kawalan keselamatan di sempadan selepas letupan bom berlaku di Yala dan Songkhla dengan siasatan mendapati penyerang menggunakan pendekatan lebih profesional dalam keganasan terbaru. Menteri Luar Thailand, Surapong Tovichakchaikul, berkata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan Datuk Seri Najib Razak yang bermesyuarat di sidang ASEAN di sini, mempersetujui kerjasama itu khususnya dalam memeriksa identiti individu dan kenderaan yang memasuki kawasan sempadan dua negara.

Dari Berita Harian Malaysia