BANGKOK 4 April – Waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap suspek-suspek yang disyaki terlibat dengan beberapa serangan bom di Hatyai dan Yala, selatan Thailand pada Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Yutthasak Sasiprapa hari ini berkata, agensi-agensi keselamatan mempunyai butir-butir maklumat mengenai suspek yang dipercayai masih bersembunyi di negara ini.

Katanya, bom-bom yang diletupkan dipasang di Thailand tetapi sesetengah komponennya dipercayai dibawa masuk dari negara lain.

Bekas Menteri Pertahanan itu yakin siri letupan bom pada Sabtu lalu bukan angkara pengebom berani mati dan penyerang tidak merancang untuk meluaskan kegiatan mereka di luar empat wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla.

Yutthasak juga menafikan dakwaan para pegawai kerajaan telah mengadakan rundingan dengan kumpulan pemisah Barisan Nasional Revolusi (BRN).

Dari Utusan Malaysia.