Yala 25 Julai –

Lima anggota polis terbunuh dan seorang parah serta merampas 6 pucuk senjata dalam serangan bom di Kampung Upak, Thatong, Raman, Yala, hari ini.

Ketua Polis Yala Mej Jen Pirat Boonliang berkata kumpulan itu sedang melakukan rondaan di sebuah jambatan di kampung itu apabila sebutir bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap dan dipakir di jambatan itu, meletup pada 3.15 petang .

Kumpulan pemberontak menebang pokok dan menggunakannya sebagai halangan di sepanjang jalan menuju ke kampung itu selepas serangan, satu usaha untuk melengahkan bantuan pasukan polis tiba di kawasan itu.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi lima wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani , Yala , Setun dan sebahagian dari Songkhla lapan tahun lepas.