BANGKOK 16 Ogos – Thailand hari ini mengadakan perbincangan dengan beberapa kumpulan pemisah di wilayah selatan yang bergolak, dalam perubahan polisi ekoran meningkatnya serangan kumpulan itu baru-baru ini.

Perbincangan secara tidak rasmi sedang dijalankan antara agensi kerajaan yang berkaitan di wilayah itu, Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan dan beberapa kumpulan serpihan pemisah, menurut Timbalan Perdana Menteri, Yutthasak Sasiprapa yang menguruskan keselamatan negara.

“Jangan gelar ia rundingan, tetapi ada perbincangan bagi mencapai keamanan yang merupakan dasar penting kerajaan,” kata Yutthasak kepada pemberita. – AFP