Narathiwat:

Satu serangan bom di Takbai, Narathiwat semalam menyebabkan 5 tentera Thai cedera.

Jurucakap polis Narathiwat berkata, insiden itu berlaku apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram meletup ketika kenderaan tentera menghampiri Jambatan Kampung Padado di Ban Nak, Takbai pada 12.20 tengah hari.

Dalam perkembangan lain, dua butir bom buatan sendiri turut ditemui di Sungai Padi, Narathiwat semalam.