Patani  9 Okt. –  Pihak pemerintah Thai menuduh Pejuang pembebasan Patani menembak mati 14 orang, termasuk tiga renjer dalam kejadian keganasan terbaru di Patani , semalam dan hari ini.

Menurut laporan polis, ketiga-tiga renjer tersebut terbunuh selepas diserang hendap semalam ketika mereka menaiki trak di wilayah Pattani.

Turut ditembak mati semalam ialah empat penoreh getah beragama Buddha, ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja dalam dua serangan berasingan di wilayah yang sama.

Dalam kejadian lain, dua lelaki Melayu dibunuh dalam tembakan rambang di wilayah Yala semalam, manakala dua penjual sayur ditembak mati di wilayah Songkhla.

Di wilayah Narathiwat hari ini, tiga maut dalam insiden tembakan tepi jalan membabitkan seorang wanita Islam dan dua orang anggota renjer di daerah Ra-ngea.

Ogos lalu, pihak berkuasa mendakwa telah mengadakan rundingan damai tidak rasmi dengan beberapa kumpulan pemisah Islam ekoran peningkatan kejadian serangan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Jurucakap tentera, Kolonel Pramote Prom-in berkata, sesetengah kumpulan pemisah tidak mahu penyelesaian secara aman dan bertindak ganas terhadap orang awam.

“Kami cuba mencari jalan penyelesaian untuk menghalang sebarang bentuk keganasan, namun usaha itu masih gagal,” katanya.

Pihak Thai cuba mengkliru dengan rundingan damai yang pada hakikat mereka mereka2 kan dengan mengambil ramai orang yang tidak ada kaitan dengan pejuang menyerah diri dan menamakan mereka sebagai pejuang.