KUALA LUMPUR 24 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Thailand telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara tersebut.

Perdana Menteri memberitahu, hasrat itu disuarakan oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra dalam satu perjumpaan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121124/dn_18/Thailand-minta-bantuan-Malaysia#ixzz2D7yqU5US