PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Chalerm Yoobamrung di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Chalerm mengetuai delegasi tertinggi negara itu dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Duta Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti; Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand, Lt Jen Paradorn Pattanathabutr dan Ketua Setiausaha Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan Thailand (SBPAC) Kol Polis, Tawee Sodsong.

Pertemuan antara Najib dan Chalerm itu berlangsung selama sejam.

Chalerm dan delegasi juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melawat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, dekat sini.

Mereka dijangka berlepas pulang malam ini. – BERNAMA

Laporan berita thai menyebut pihak thai meminta bantuan Malaysia untok menyelesaikan masalah selatan yangmana Malaysia tidak menyukong sepaya memisah wilayah selatan (merdeka Patani) dan memberi sokongan untok berdailog dengan pihak yang mengkacau keamananthai.

Berita thai melaporkan bahawa deligasi thai telah memberi tahu kepada persatuan Tomyam sepaya memberi tahu saudara mara dan sahabat sepaya balik menyerah diri dan pihak thai melalui SA A BA TA dan pihak thai akan hantar kursus 6 bulan.

Di Patani pula dua kejadian berlaku di wilayah Narathiwat yaitu tembak kedai Kara oket menyebabkan 3 cedera dan sebuah bom motosikal tetapi nasib malang sebuah motosikal lain melalui kawasan itu menyebabkan pemandu nya cedera,disatu kejadian lain di daerah Resak pejuang melepaskan tembakan M.79 kearah markas tentera thai tetapi tiada yang cedera.