BANGKOK 27 Feb. – Thailand semalam melahirkan hasrat ingin meminta bantuan daripada Malaysia dalam menangani krisis antara kumpulan pemberontak dan kerajaan negara ini.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand (NSC) Paradorn Pattanathabutr berkata, terdapat kumpulan pemberontak yang beroperasi di Malaysia dan Thailand ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara ini.

“Perbincangan antara kedua-dua pihak perlu dilakukan bagi mencapai jalan penyelesaian yang terbaik.

“Kami mahu meminta bantuan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam perbincangan tersebut,” katanya. – REUTERS