29 Mac 2013
Rundingan damai dicemari insiden bom
Anggota keselamatan melakukan pemeriksaan serangan di tempat kejadian di Cho Airong, Narathiwat. Foto: EPA

HAT YAI – Tiga askar maut manakala lima yang lain dilaporkan cedera selepas seorang individu dipercayai anggota militan melakukan serangan di tepi jalan di selatan Thailand.

Pegawai polis, Suchart Sa-eed berkata, serangan itu berlaku hanya beberapa jam sebelum rundingan damai antara kumpulan pemisah dengan kerajaan Thailand berlangsung.

“Lelaki berkenaan melakukan letupan bom dan  melepaskan tembakan ke arah askar peronda di daerah Cho Airong di wilayah Narathiwat,” katanya. dalam laporan AFP

Sementara itu, rundingan pertama secara rasmi dengan kumpulan pemisah dari wilayah selatan negara itu dijangka berlangsung hanya sehari.

Ketua Majlis Keselamatan Nasional Thailand, Paradorn Pattanatabut berkata, rundingan dengan perwakilan Barisan Revolusi Nasional (BRN) itu memberi fokus kepada mengurangkan serangan di tiga wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah.

“Fokus utama  adalah untuk mengurangkan keganasan. Kami akan memfokuskan kepada penerapan rasa percaya dan hubungan baik antara kedua-dua pihak termasuk penduduk di sempadan Malaysia,” katanya.

Dari sinarharian Malaysia