Patani:

Kerajaan Thai mengaris satu dasar yaitu dasar Asimilasi dengan menghapuskan bangsa Melayu bagi pihak yang membuat dasar ini berpendapat selama mana Melayu masih ada maka keamanan pada pandangan thai tidak akan tercapai di Patani,mereka mengambil kira orang2 melayu di kawasan utara Patani dapat diserapkan menjadi bangsa thai dengan tidak dapat berbahasa melayu lagi,demi mencapai matlamat ini maka thai melaksanakan beberapa polisi diantaranya;

1- Memaksa orang2 melayu sepaya mengaku bahawa mereka adalah bangsa thai yaitu thai muslim dasar ini bermula dari tahun 70 han dengan memaksa orang melayu tidak bercakap melayu ditempat urusan kerajaan dan sekolah 2 thai dengan mengharap habisnya jenrasi tua datangnya jenrasi muda tidak akan pandai bahasa melayu atau mengguna bahasa thai dalam bercakap harian dirumah rumah mereka.

2- Kerajaan thai mencari perdamain dengan pejuang Patani dalam tahun 90 han bertujuan membangun Patani dan disokong oleh negeri jiran ,kerana keamanan dapat membangunkan ekonomi yang dapat faedah kepada kedua pihak ,apabila keamanan dalam tempoh 10 tahun pembangunan ekonomi melalui mengluarkan hasil bumi di Patani dan membangunkan perniagaan tidak bermoral di Patani sehingga dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral untok merusakan orang Patani dan menggalakan orang thai berhihijrah ke Patani dengan memberi peluang pekrijaan yang banyak sebagai pegawai kerajaan atau syarikat2 yang berada di Patani,orang melayu tidak mendapat kerja walaupun ada pelajaran akhirnya berhijrah kenagara jiran menjadi koli dikedai kedai makan kerana tidak ada kerakyatan,kedudukan orang Melayu Patani di negeri jiran sangat dihina sebagai mana orang2 Yemen di Saudi pada 30 tahun lalu yaitu golongan yangterhina walaupun mereka berada didalam negara yang diperintah oleh bangsanya sendiri,tapi walau bagi manapun untok mencari rezki terpaksa juga berpindah,kerajaan thai mahu sepaya mereka ini mendapat warga negara jiran dan menetap disana dengan cara ini orang melayu akan berkurang dan orang thai akan bertambah sehingga tahun 2004 jumlah bangsa thai di Patani meningkat dari 15% kepada 30%.

3- Kerajaan thai mengalakan untok membunuh genrasi melayu akan datang dengan mengalakan jenis minuman air ketung dan narkotik sepaya genrasi akan datang terus hancur sebelum lahir.

Dengan adanya pemberuntakan satu perubahan besar berlaku kepada orang Melayu Patani yaitu orang2 thai balik kekampong mereka yang mana dari jumlah 300000  mereka berada sebelum ini kepada 70000 maka jumlah lebih dariratusan ribu memberi peluang kerja kembali kepada orang melayu kerana terpaksa kalu tidak kesemua institusi kerajaan akan kosong.

Bila mengigatkan peluang kerja penulis kembali menggigat dasar kerjasama Thai dangan negara jiran membentuk Task forsk kununnya untok membantu orang Patani sepaya menyelesain masalah Patani yaitu perdamain di Patani dengan membangun Ekonomi,membangunkan pelajaran dan memberi latihan kemahiran sehingga sebahagian mereka menamakan diri mereka pejuang berkerja keras kesana sini meminta orang2 Patani berhenti memberi sokongan kepada perjuangan bersenjata dan  katanya kita merdeka secara politik orang2 ini mereka tidak belajar dari sejarah lampau kemungkinan juga kerana wang gaji dan sebagainya.Sebagai jawapan kalaulah orang melayu tidak ada ilmu pengtahwan macam mana mereka dapat mengisi kekusongan ditempat orang thai dalam institusi kerajaan,maka bahasa yang paling mudah thai mengamalkan dasar rasist terhadap orang melayu.

Apakah kerajaan Thai tidak faham isu sebenar di Patani memerlukan berdailoge?

Kerajaan thai cukop faham tetapi tetap degil tidak mahu memberi apapun ,kerana desakan antara bangsa sepaya mengakui identity rakyat Melayu Patani ,dan pentingnya bahasa Melayu sebagai salah satu bangsa Asien,thai tetap juga tidak mehu mengakui sebagai bangsa yang wujud walaupun mereka bulih mengakui bangsa lain seperti cina ,laus ,kemuja,burma dan sebagainya,kini dengan tekanan antara bangsa thai masih membuat bengong tentang maksud identity yang mana thai cuba menutup mata dunia dengan adakan bahasa melayu di beberapa tepat dengan tulisan thai,sebenarnya thai tidak perlu membuangkan masa kerana bahasa melayu di Patani sudah ada tulisanya sendiri diguna lebih dari 800 tahun.

Kita berharap orang Patani tidak lagi tertipu setelah sekian lama mereka berjuang dan harus berpegang bahawa pengiktirafan pihak thai terhadap hak ummat melayu Patani barulah keamanan dicapai.