Hat Yai: Lima anggota tentera maut dan seorang cedera terkena letupan bom tepi jalan di selatan Thailand yang bergolak.

Pegawai polis, Kolonel Jeera Setdao-ngerntrakul, semalam berkata pemisah disyaki meletupkan bom di daerah Saiburi di wilayah Pattani ketika trak pikap yang membawa enam anggota tentera melalui kawasan itu.

Beliau berkata, tentera dalam perjalanan membantu pasukan keselamatan memberikan perlindungan dengan penduduk Buddha yang mengunjungi kuil untuk upacara keagamaan mereka. – AP

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5tenteramautletupanbom/Article