27 Mei 2013
Selatan Thailand terus bergolak
Kenderaan pikap anggota keselamatan musnah dalam letupan di daerah Muang, Yala.

NARATHIWAT – Seramai 13 orang termasuk 10 anggota keselamatan cedera dalam letupan bom di Yala dan Narathiwat semalam.

Di Yala, sebutir bom meletup di lebuh raya Yala-Ban Niang, daerah Muang ketika lapan anggota keselamatan dari unit pelupusan bom dalam perjalanan melakukan operasi pemusnahan bom.

Letupan itu mencederakan lima pegawai termasuk tiga orang awam.

Sementara itu, lima askar cedera dan seorang parah dalam serangan bom buatan sendiri di Tha Rua-Bandau, Narathiwat.

Pegawai keselamatan Chaiwat Kalong berkata, ketika serangan beliau dan anggota lain serang melakukan operasi di Batong.

“Bom diletakkan di dalam silinder gas dan disambung pada wayar,” katanya dipetik dari laporan Bangkok Post.

Dalam kejadian berasingan, sepasukan polis sempat menyelamatkan diri dalam serangan bom di daerah Sungai Padi.

Ketua Polis Jenayah Kittisan Herkkhunthod, serangan berhampiran Pejabat Perbandaran Paluru itu bagaimanapun tidak mencederakan penduduk awam.

http://www.sinarharian.com.my/global/selatan-thailand-terus-bergolak-1.164243