BANGKOK 12 Ogos – Tahap keselamatan di tujuh daerah utama di selatan negara ini, hari ini ditingkatkan selepas berlaku serangan bom ke atas kilang pengisian semula gas di Narathiwat, semalam. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Kawalan Barisan Hadapan Serantau Keempat, semalam yang melibatkan tujuh daerah di empat wilayah di selatan negara ini. Daerah terbabit adalah Muang dan Betong di Yala, Muang, Pattani selain Muang, Tak Bai dan Sungai Golok di Narathiwat serta Hatyai, Songkhla. Juucakap pusat kawalan tersebut, Kolonel Pramote Promin berkata, pemantauan akan ditingkatkan ke atas kenderaan di daerah-daerah berkenaan ekoran ia mungkin digunakan dalam serangan-serangan. – Agensi Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130813/lu_06/Keselamatan-di-selatan-Thai-ditingkat#ixzz2bokrUcEk © Utusan Melayu (M) Bhd