Narathiwat:
25 oktober ini menggigatkan 9 tahun peristiwa Takbai yang meragutkan ramai nyawa dan peristiwa pahit itu membayangkan di mata dan hati mereka yang terlebat ,keluarga mereka ,seluroh rakyat Patani dan seluroh dunia kerana filim peristiwa itu tersibar luas berarti mereka yang tidak berada disitupun dapat melihat dan menggambar sejauh mana kezaliman yangdilakukan oleh kerajaan Thai,peristiwa itu adalah paling dahsyat dalam sejarah modern.

Kita bulih membuat kajian kenapa itu berlaku,jika dilihat apa yangberlaku di Bangkok dengan demonstrasi tutop segala jalan dan airport berapa kerugian harta benda dan imej negara tidak pula kerajaan bertindak sebagai mana mereka bertindak di Takbai sedangkan di Takbai adalah demonstrasi biasa simpati dengan orang yang di angap tidak bersalah.

Jawapannya adalah sangat jelas kerana di Bangkok dilakukan oleh rakyat mereka sendiri sedangkan di Takbai dilakukan oleh Rakyat dibawah penjajah,walaupun Thai mengata urusan Patani urusan sesama rakyat Thai ,mengapa bila melakukan sesuatu tidak nampak mereka itu sebagai rakyat Thai sebagai mana kerajaan mengamalkan dengan rakyat thai di lain tempat.

Kejadian Takbai membuka mata rakyat Patani walaupun mereka mahu jadi rakyat Thai mereka tidak akan diangap sebagai rakyat Thai,oleh itu kepada orang Melayu Patani berbanggalah dengan Bangsa sendiri dan berjuanglah untok mengubahkan nasib sendiri kerana Allah telah berfirman maksudnya Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seswatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya.