3 maut tangki oksigen meletup
Oleh:
Tarikh: November 15, 2013

BANGKOK – THAILAND – Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima yang lain cedera apabila tangki oksigen meletup di sebuah bangunan di wilayah Chachoengsao, Thailand, semalam.

Polis tempatan Prompong Theptubtim berkata, mangsa maut termasuk pemilik kedai manakala lima yang lain masih kritikal.

“Letupan berlaku sejurus seorang pelanggan memulangkan tangki oksigen selepas mendakwa tangki itu kosong,” katanya dipetik AFP.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/3-maut-tangki-oksigen-meletup-1.221072