Setiausaha agung Mahkamah Perlembagaan Thailand, Pimol Thampitakpong bercakap pada sidang media di pejabatnya di Bangkok, semalam.

Mahkamah Perlembagaan buat keputusan kerana pengundian tidak diadakan serentak di seluruh negara

Bangkok: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam mengisytiharkan pilihan raya umum yang diadakan bulan lalu tidak sah, keputusan yang semakin memburukkan kebuntuan politik berikutan bantahan pembangkang selama berbulan-bulan.

Pilihan raya 2 Februari lalu, yang diumumkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra masih tidak berjaya menenangkan krisis politik, dan belum lagi sempurna sepenuhnya kerana gangguan penunjuk perasaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PilihanrayaThailandtidaksah/Article/