Pattani: Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila sebutir bom meletup di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah hospital di Pattani, awal hari ini. Bom terbabit meletup kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan di pekarangan tempat letak kereta Hospital Khok Pho. Jelas laporan berkenaan, pasukan polis dan skuad pemusnah bom dikerah ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut ekoran kebimbangan ancaman serangan bom kedua. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.