Beberapa hari yg lepas kita dikejutkan dengan sebuah video yang mengatakan/mengistiharkan kemerdekaan yang dilakukan oleh sebuah pihak yang menggelar mereka sebagai (MPRMP) dan telah mendapat mandat untuk mengistiharkan kemerdekaan patani.

video yang berdurasi 14:55 saat itu telah dirakam pada 23 september 2014 di sweden.
dalam video itu juga mengata dan meminta sebuah kerajaan buangan ditubuhkan bagi menjalankan tugas yang dipikul mereka.

dan kami dipihak PATANIPOST telah menghubungi ketua parti yang bertukus lumus dalam segala urusan berkaitan kemerdekaan patani, dan jawapan yang kami terima mengatakan ” saya tidak tahu dan tidak pernah tahu tentang perutusan itu dan ianya amat memalukan”.

kami juga menghubungi presiden PULO P4 iaitu saudara abu yasir fikri dan berliau mengatakan beriau tidak terlibat sama sekali dalam apa-apa yang berkaitan dalam video tersebut. kami di pihak PATANIPOST sedang berusaha berhubung dengan beberapa pihak lagi bagi mendapatkan jawapan berkaitan pekara ini.

dalam video itu terdapat dua orang lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai presiden dan timbalan presiden (MPRMP). kami mengharap spekulasi seperti ini tidak memburukkan keadaan dan merosakkan segala rundingan yang akan datang.pc