BANGKOK: Pilihan raya umum di Thailand yang dirancang tahun hadapan, ditunda sehingga 2016, sekali gus menangguhkan lagi usaha untuk mengembalikan demokrasi ke negara berkenaan.

Sebelum ini Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha, yang mengetuai rampasan kuasa tentera Mei lalu, juga membayangkan bahawa pilihan raya yang dijanji pada 2015 akan ditangguhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan, berkata pilihan raya akan diadakan pada 2016 dan memberi alasan bahawa penentangan pihak tertentu terhadap Majlis Keamanan dan Kesejahteraan Nasional sebagai punca penangguhan itu.

“Kami akan mengadakan pilihan raya pada awal 2016 sebaik sahaja draf perlembagaan disediakan,” kata Prawit.

Katanya, kini terdapat tentangan terhadap Majlis Keamanan dan Kesejahteraan Nasional.

Prayuth dikatakan sudah menyediakan langkah pembaharuan selama setahun bertujuan sebahagiannya untuk menamatkan pengaruh politik bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. – Reuters

PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha.
http://www.bharian.com.my/node/20065