Aksara KerdpolAksara Kerdpol

BANGKOK 17 Dis. – Thailand memin­ta Malaysia membantu menentukan kumpulan-kumpulan pemisah yang masih aktif di selatan negara ini, ketika Bangkok cuba memulihkan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan pemisah.

Portal berita Bangkok Post mela­porkan pasukan rundingan damai Thailand meminta Malaysia yang bertindak sebagai hos rundingan tersebut untuk menghubungi tiga sayap Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) bagi melaksanakan usaha tersebut.

Sayap-sayap berke­naan masing-masing di­­ketuai Abdulrahman, Gus­­tury Magota dan Samsuding Khan.

Penasihat tentera Thai­land, Jeneral Aksara Kerdpol yang dilantik mengetuai pasukan rundingan tersebut semalam berkata, beliau telah bertemu Fasilitator Kerajaan Malaysia Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim buat kali kedua.

“Biarlah kerja-kerja run­dingan damai dirahsiakn bagi mengelak ber­laku lebih banyak kejadian keganasan di selatan Thailand. Saya tidak mahu serangan-serangan dilancarkan ekoran laporan rundingan ini,’’ katanya.

Beliau berkata, rundingan damai akan bermula selepas semua pihak bersedia.

“Jangan menggesa kami. Ia perlu dilaksanakan selangkah demi selangkah. Jangan bayangkan keputusan rundingan ini hanya selepas pasukan rundingan dibentuk,’’ katanya.

Sumber pasukan tersebut berkata, pihaknya akan bertemu pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.

Rundingan damai secara rasminya akan diadakan selepas bulan depan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/2.654/thailand-minta-bantuan-malaysia-1.37745#sthash.yaVdMzci.dpuf