12 maut letupan bom di Bangkok

10 letupan letupan bom di Bangkok

Satu letupan dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah bandara raya Bangkok malam ini.-Foto AFP

BANGKOK – THAILAND. [DIKEMASKINI] Satu letupan dipercayai berpunca dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah bandara raya Bangkok malam ini.

Memetik laporan AFP, dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 12 maut manakala beberapa yang lain cedera.

Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.

“Saya boleh sahkan ia adalah sebutir bom, namun tidak dapat dipastikan jenis bomnya, kami (polis) sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Thai Jen Somyot Poompanmoung  letupan itu adalah berpunca daripada bom “TNT”.

Persimpangan Ratchaprasong, di tengah-tengah Bangkok, merupakan lokasi demonstrasi untuk kumpulan Baju Merah pada 2010 dan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) yang diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014 yang kemudiannya mencetuskan rampasan kuasa serta penyingkiran bekas Perdana Menteri  Yingluck Shinawatra.
Walaupun letupan berlaku tidak jauh dari stesyen Chitlom bagi Perkhidmatan Kereta Api Bangkok atau lebih dikenali sebagai “skytrain”, perkhidmatannya masih berjalan.
Timbalan Jurucakap bagi kerajaan Mej Jen Weerachon Sukhonthapatipak berkata, Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-ocha telah dimaklumkan mengenai letupan kuat itu dan pasukan pemusnah bom telah diarahkan ke sana.
” Setakat ini tiada rancangan untuk menutup sekolah dan bank dikawasan berhampiran,” katanya dipetik Bernama.
http://www.sinarharian.com.my/global/12-maut-letupan-bom-di-bangkok-1.420492

Related Posts

Bahasa Melayu

Bakar Bas di Yala

Bahasa Melayu

OIC anjur dialog antara agama di Bangkok

Bahasa Melayu

keadaan di Patani kembali bergolak

Bahasa Melayu

Dua suspek militan mati ditembak di Pattani

Bahasa Melayu

RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol