Pattani :

Kejadian bom meletup di dua wilayah yaitu Pattani dan Narathiwat menyebabkan 4 maut 6 cedera diantaranya 4 cedera parah.

Semalam satu bom seberat 20 kg  meletup di Markas CHA RA BA ( Unit keamanan kampong ) menyebabkan setakat ini 4 maut dan 4 lagi parah ,kejadian berlaku di daerah Kokpho wilayah Pattani.

Hari ini satu lagi bom seberat 5 kg meletup ditepi jalan menyebabkan 2 tentera cedera,kejadian berlaku di kawasan Pasir Mas daerah Sungai golok wilayah Narathiwat.

Serangan terhadap tentera dan kaki tangan bersenjata Thai berterusan walaupun medea Thai mengatakan mereka yang menyerah adalah bertambah.