Ramalan hujan, ribut di selatan Thailand


gambar bertarikh 26 Januari lalu merakamkan keadaan di sebuah

gambar bertarikh 26 Januari lalu merakamkan keadaan di sebuah pantai di wilayah Narathiwat selepas satu ribut melanda. AFP

BANGKOK 4 Feb. – Sembilan wilayah di Teluk Thailand dijangka berdepan masalah hujan lebat dan laut bergelora mulai esok hingga 9 Februari ini.

Wilayah-wilayah tersebut ialah Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Songkla, Pattani, Yala, dan Narathiwat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Bencana, Chatchai Promlert berkata, cuaca buruk itu turut dipengaruhi oleh tiupan angin monsun timur laut, manakala ketinggian ombak dijangka mencecah dua hingga tiga meter.

“Justeru, bot-bot kecil perlu menjauhi kawasan pantai, manakala penduduk di wilayah-wilayah yang terjejas pula dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada,” katanya seperti laporan Bangkok Post.

Tambah beliau, penduduk yang memerlukan bantuan pula boleh menghubungi talian 1784 yang dibuka 24 jam jika berlaku sebarang kecemasan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan berlakunya air pasang bertekanan tinggi dari China hingga ke bahagian utara Thailand pada tarikh berkenaan.

Justeru, suhu di beberapa wilayah di utara Thailand dijangka menurun kepada 3 hingga 5 darjah Celcius.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ramalan-hujan-ribut-di-selatan-thailand-1.186969#sthash.MrXZzmlj.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan

Bahasa Melayu

Bom bi Narathiwat tentera Thai cedera

Bahasa Melayu

Serangan bom di Narathiwat berterusan

Bahasa Melayu

Bom meletup di Pattani 2 pegawai maut dan 4 cedera

Bahasa Melayu

2 Tentera penjajah cedera serangan bom di Narathiwat