Bom cederakan 11 anggota polis di Markas Polis

Bom cederakan 11 anggota polis di Markas Polis

Lokasi kejadian. -Foto Thai Visa

 

PATTANI – THAILAND . Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam sebuah kereta curi, meletup berhampiran Markas Polis Wilayah Pattani di sini hari ini menyebabkan tujuh anggota polis and empat orang awam cedera.

Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu meletup di hadapan sebuah pondok berhampiran markas polis di wilayah selatan Thailand yang bergolak itu.

“Ledakan kuat bom itu turut memusnahkan dua buah kereta dan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran, selain menyebabkan kebakaran merebak pantas di beberapa kediaman di markas itu,” katanya pada media hari ini.

Enam jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian susulan kejadian letupan itu dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 40 minit kemudian, katanya.

Thanongsak berkata kereta itu dilaporkan dicuri daripada pemiliknya, Somsak Dusadipiriya, 51, dalam satu kejadian pada 9.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemilik kereta berkenaan cedera ditembak sebelum kenderaannya dilarikan orang tidak dikenali.

Polis masih menjalankan siasatan tentang kejadian itu. – Bernama

Related Posts

Bahasa Melayu

Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan

Bahasa Melayu

Bom bi Narathiwat tentera Thai cedera

Bahasa Melayu

Serangan bom di Narathiwat berterusan

Bahasa Melayu

Bom meletup di Pattani 2 pegawai maut dan 4 cedera

Bahasa Melayu

2 Tentera penjajah cedera serangan bom di Narathiwat