Jumlah mangsa letupan bom di Songkla meningkat 15 orang .

Songkhla di BomSumber – BERNAMA

SONGKLA 12 April – Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen keretapi Chana di sini petang semalam meningkat kepada 15 orang berbanding lapan orang semalam.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee berkata bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20 kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat kapten dan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, 2, terbunuh.

“Turut tercedera ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun selain anggota polis dan orang awam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Wirapon berkata hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan seorang penunggang motosikal meletakkan motosikalnya di sebelah kereta polis sebelum menaiki sebuah lagi motosikal yang ditunggang rakannya.

Beliau berkata bom itu yang diletupkan mengguna alat walkie-talkie turut memusnahkan sebahagian daripada bangunan keretapi terbabit.

Pihak polis telah diarah untuk mengetatkan lagi kawalan keluar masuk kenderaan terutama di pusat ekonomi dan pelancongan di Danok, Sadao dan Hatyai sempena Perayaan Songkran pada 13 hingga 15 April ini, katanya. – BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/jumlah-mangsa-letupan-bom-di-songkla-meningkat-15-orang-1.248653#sthash.A9e6kDo7.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand