RANG awam melihat kesan letupan di Lorong Lamai Uthi selepas sebuah motosikal diletupkan tengah hari tadi. – Sumber bangkokpost.com
NARATHIWAT: Dua orang mati ditembak di Yala pagi ini manakala 13 orang awam dan polis cedera dalam dua kejadian bom motosikal di bandar Narathiwat, selatan Thailand, tengah hari tadi.
Dalam kejadian 11 pagi di Muang, Yala, dua peniaga kayu getah dikenali sebagai Hamdi Talubo, 35, dan Yunu Late, 30, ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata yang mengekori kenderaan mereka.
Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Pattanawut Angkanawin, berkata dua bom motosikal pula, masing-masing diletakkan di Lorong Lamai Uthi dan di hadapan Balai Polis Muang, meletup selang satu minit pada 12.18 tengah hari tadi.
“Daripada 13 yang cedera, lima daripadanya adalah anggota polis dan seorang kanak-kanak perempuan. Empat rumah serta dua kereta turut mengalami kerosakan akibat letupan itu,” katanya kepada pemberita hari ini. Semua yang cedera dikejarkan ke Hospital Naradhiwas Rajanakarindra untuk mendapatkan rawatan.
Selanjutnya