Letupan bom di Yala, seorang askar maut

yalayala

YALA 28 April – Seorang tentera terbunuh dan lima lagi mangsa cedera dalam satu serangan bom di wilayah bergolak di selatan Thailand awal hari ini.

Menurut portal Bangkok Post, kejadian itu berlaku kira-kira 7.50 pagi waktu tempatan apabila askar dari Unit Renjer 4708 meronda berdekatan Ban Khlae di daerah Yaha, Yala.

Jelas laporan itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sarjan Tuanku Asi Bonbang manakala lima lagi mangsa merupakan Saksek Ketrak, 41, Theerapong Kaewsuwan, 27, Surasak Suwanparn, 38, Suthas Luangsri, 35, dan Kasem Kaewsalua, 27.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal menunjukkan kesemua askar terbabit merupakan jurutera tentera yang terlibat dalam projek pembinaan sebuah rumah di Bidor Dorloh bagi membantu penduduk miskin.

Pasukan pemusnah bom turut mendapatkan, serangan itu melibatkan penggunaan bom buatan sendiri yang dianggarkan seberat 10 kilogram dan ditanam di tepi jalan sebelum diletupkan ketika pasukan tentera terbabit meronda di lokasi itu.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. –

AGENSI

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/letupan-bom-di-yala-seorang-askar-maut-1.293691#sthash.8mq55KiE.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

Bakar Bas di Yala

Bahasa Melayu

OIC anjur dialog antara agama di Bangkok

Bahasa Melayu

keadaan di Patani kembali bergolak

Bahasa Melayu

Dua suspek militan mati ditembak di Pattani

Bahasa Melayu

RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol