5 perkara dibincang bersama Thailand esok – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) pada sidang media bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi ke Thailand hari ini.Turut hadir Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin (kiri) dan Ketua Setiausaha Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim (kanan). – BERNAMA

BANGKOK 4 Ogos – Isu mengenai perbuatan penjenayah Malaysia menyembunyikan diri di Thailand antara perkara utama yang akan dibincang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan sejawatnya dalam pertemuan mereka di sini, esok.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, mereka melarikan diri sejak Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diperkenalkan serta kerajaan mengisytiharkan Operasi Cantas 2.0.

Katanya, isu lain yang turut dibincangkan ialah keganasan rentas sempadan dan penubuhan Agensi Kawalan Sempadan yang menggantikan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

“Perkara lain ialah kegiatan penyeludupan manusia dan penglibatan rakyat Thailand dalam penyeludupan dadah.

“Lima perkara ini akan saya bincangkan dalam mesyuarat dua hala esok bersama rakan sejawat, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/5-perkara-dibincang-bersama-thailand-esok-zahid-1.366449#sthash.Iw1xALZU.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol

Bahasa Melayu

Enam suspek serangan bom di Pattani ditahan

Bahasa Melayu

Siapa dalang dua letupan kereta penjajah ?

Bahasa Melayu

Bom di Pattani 4 tentera maut 5 cedera parah

Bahasa Melayu

Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan