Yala digegar dengan tiga letupan

yala

BANGKOK 15 Ogos – Tiga alat letupan rekaan (IED) meletup di tiga lokasi di wilayah Yala malam tadi. Namun tiada yang cedera.

Letupan pertama berlaku paada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) di hadapan kedai emas dan diikuti lima minit kemudian di kedai menjual peralatan menulis.

“Letupan ketiga berlaku beberpa minit kemudian di kedai menjual akhbar yang terletak bertentangan dengan balai polis Yala,” kata seorang pegawai polis kepada media hari ini.

Pihak polis turut menemukan dua objek yang mencurigakan berdekatan kawasan letupan malam tadi dan segera mengepung lokasi berkenaan sebelum pasukan pemusnah bom dipanggil bagi memantau objek tersebut pagi ini.

Menurut pihak polis, objek pertama berbentuk silinder seberat kira-kira 5 kilogram. – BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yala-digegar-dengan-tiga-letupan-1.370808#sthash.vcD3w96D.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand