Prawit tidak akan bangkitan isu keamanan Selatan Thai

People stand at the scene after a blast outside a hotel in the Tempat kejadian berlakunya satu letupan bom di luar sebuah hotel di Selatan Thailand pada 24 Ogos lalu. – REUTERS

BANGKOK 27 Ogos – Rundingan damai selatan Thai tidak ada dalam agenda sewaktu Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwan melakukan lawatan kerja ke Malaysia minggu depan.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab dalam hal keselamatan berkata, beliau tidak akan membangkitkan isu mengenai rundingan damai selatan Thai ketika berbincang dengan rakan sejawatannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin nanti.

“Jen Aksara Kerdphol yang mengetuai kerajaan dalam rundingan damai itu diberi kuasa untuk menangani perkara itu (rundingan damai),” katanya kepada media semalam, ketika ditanya mengenai lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thai, Mej. Jen. Kongcheep Tantrawich berkata, lawatan Prawit ke Malaysia adalah untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan membabitkan kedua-dua negara.

Kerajaan Thai dan Majlis Syura (Mara) Pattani, badan yang menaungi beberapa kumpulan militan di selatan Thai, dilaporkan akan meneruskan rundingan damai tidak rasmi selepas mesyuarat terakhir mereka pada April lepas.

Satu sumber yang rapat dengan Mara Pattani berkata baru-baru ini, kedua-dua pihak secara tentatif bersetuju untuk berunding kembali awal bulan depan.

Sewaktu pertemuan April lepas, kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai terma rujukan dalam rundingan damai itu. – BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/prawit-tidak-akan-bangkitan-isu-keamanan-selatan-thai-1.375305#sthash.vuMfoHt9.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

3 Polis Thai cedera di Cho-I-Rong Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat Tentera Thailand cedera letupan bom di Narathiwat

Bahasa Melayu

Bom meletup di Yala dua tentera Thai cedera parah

Bahasa Melayu

Bom di tiga daerah wilayah Pattani

Bahasa Melayu

Dua cedera dalam letupan bom di Yala