Putera Mahkota minta pertabalan ditangguh setahun

Putera Mahkota minta pertabalan ditangguh setahun

Maha Vajiralongkorn

BANGKOK – THAILAND. Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn mahu pertabalannya ditangguhkan sekurang-kurangnya setahun.

Maha Vajiralongkorn,64, itu mahu meratapi kemangkatan bapanya Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada Khamis lalu.

Bekas Perdana Menteri, Prem Tinsulanonda dinamakan sebagai pemangku raja.

Melalui satu kenyataan menerusi televisyen, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata, Putera Mahkota meminta rakyat tidak keliru dan bimbang tentang pentadbiran negara atau mengenai pengantiannya.

“Beliau (Putera Mahkota) berkata, ketika ini semua orang bersedih, begitu juga dengannya, dan semua pihak perlu menunggu sehingga kita melepasi fasa kesedihan itu,” kata Prayuth dipetik BBC.

Keupayaan Putera Mahkota itu dibangkitkan suatu ketika dahulu, walaupun undang-undang lese-majeste menghalang mana-mana perbincangan secara terbuka mengenai isu ini.

Raja dilihat sebagai kuasa penyatu di Thailand ketika berdepan pergolakan politik dan Raja Bhumibol yang mangkat ketika usia 88 tahun adalah seorang tokoh yang dihormati rakyat Thailand.

Related Posts

Bahasa Melayu

Polis Thailand bongkar rancangan bunuh Prayuth

Bahasa Melayu

Empat termasuk kanak-kanak maut ditembak

Bahasa Melayu

3 Tentera Thai maut ditembak oleh pejuang

Bahasa Melayu

Kawalan ketat di Yala kebimbangan Bom kereta

Bahasa Melayu

Bom berterusan di Patani