Suspek insiden keganasan di Pattani dikenal pasti

Beberapa kejadian khianat berlaku lagi di selatan Thai

Wilayah selatan Thai digegarkan dengan letupan bom dan serangan khianat bermula 9.30 malam semalam (waktu tempatan) hingga tengah malam yang mengorbankan tiga orang manakala enam yang lain cedera. – Foto Bernama

PATTANI – Polis Thai telah mengenal pasti tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan bom dan khianat terhadap sebuah stesen minyak di Pattani dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Pattani, Kol Piyawat Chalermsi berkata serangan bom dan khianat tersebut telah menyebabkan kebakaran besar di stesen minyak dimiliki syarikat berkaitan kerajaan itu tetapi tidak menyebabkan kematian atau kecederaan.

“Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam wajah ketujuh-tujuh suspek itu dan kita juga telah mengenal pasti nama lima daripada mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa belum bersedia mendedahkan nama lima suspek itu bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti nama baki dua suspek.

Piyawat berkata polis percaya suspek terbabit juga terlibat dalam insiden serangan bom di sebuah hotel di Pattani pada Ogos lepas.

Dua hari lepas, wilayah selatan Thai di Pattani, Narathiwat dan Songkla digegarkan dengan 13 serangan bom, lima kes tembakan dan lima serangan khianat yang menyebabkan tiga kematian dan enam cedera. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/global/suspek-insiden-keganasan-di-pattani-dikenal-pasti-1.581869

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand