Polis Thailand tahan suspek insiden bom

Polis Thailand

BANGKOK – Polis Thai menahan tiga lelaki dari selatan Thai kerana didakwa merancang untuk melakuakn serangan bom di Bangkok dan di pinggir ibu negara itu, kata Timbalan Ketua Polis Thailand hari ini.

Menurut Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul, seorang daripada lelaki itu mengaku terhadap pertuduhan itu manakala dua lagi suspek mengaku tidak bersalah.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan didakwa atas kesalahan bersama-sama memiliki bahan letupan yang tidak dibenarkan, pertubuhan rahsia dan organisasi jenayah,” katanya kepada media ketika ditemui di Bahagian Pencegahan Jenayah di sini.

Tiga suspek itu dikenali sebagai Talmizi Totalyong, 31, dari daerah Raman, Yala; Abdulbazir Suegaji, 19, dan Mubareeh Gana, 22, kedua-duanya dari daerah Srisakorn di Narathiwat.

Mereka ditahan oleh tentera Thai dalam satu serbuan sebelum diserahkan kepada polis hari ini.

Timbalan ketua polis yang menjalankan siasatan terhadap tiga suspek itu berkata mereka merancang untuk melakukan serangan bom di Bangkok dan Samut Prakan yang terletak di pinggir ibu negara antara 25 hingga 30 Oktober lalu.

Srivara berkata seorang daripada suspek juga mengaku terlibat dalam insiden keganasan di selatan Thai tiga tahun lalu dan tahun lepas. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/global/polis-thailand-tahan-suspek-insiden-bom-1.593006

Related Posts

Bahasa Melayu

5 tentera penjajah maut PULA bertanggong jawab

Bahasa Melayu

PULA mengaku bertanggong jawab atas serangan hari ini

Bahasa Melayu

April kembali hangat pergolokan di Patani

Bahasa Melayu

Lebih 50 tiang elektrik dimusnahkan di Patani

Bahasa Melayu

Polis Thailand bongkar rancangan bunuh Prayuth