Suami isteri maut ditembak ketika mahu jemput anak di Pattani

PATTANI 6 Dis.- Sepasang suami isteri dan dua individu lain maut ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan di Pattani hari ini, sebuah wilayah bergolak di selatan Thailand.

Pemangku Ketua Polis Pattani, Kol Piyawat Chalermsri, berkata dalam insiden pertama pukul 7.30 pagi (waktu tempatan), pasangan suami isteri itu ditemui mati di Jalan Donrak-Thadan di Nongchik.

Menurutnya, mangsa, Nai Thawach Ponsuwang, 43, seorang anggota sukarelawan keselamatan, dan isterinya, Papimong Chaikong, 31, ditembak di bahagian kepala ketika menaiki motosikal untuk menjemput anak mereka dari rumah pengasuh.

Dalam kejadian kedua tidak lama selepas itu, katanya, pasukan keselamatan menemui mayat seorang pekerja Jabatan Elektrik di Mayo, berusia 38 tahun dengan tangannya diikat.

Piyawat juga berkata seorang ketua kampung, Nai Pradap Mai-injonh mati ditembak manakala isterinya cedera parah dalam satu kejadian pada 9.30 pagi di Kampung Tanjung Chengal, Yaring di Pattani.

— BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/suami-isteri-maut-ditembak-ketika-mahu-jemput-anak-di-pattani-1.417033#sthash.l3nu54ar.dpuf

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand