Polis Thailand bongkar rancangan bunuh Prayuth

PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menjadi sasaran pembunuhan
PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Gerakan Baju Merah yang anti-junta. – REUTERS

BANGKOK 20 Mac – Polis Thailand semalam membongkar satu plot untuk membunuh Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha selepas merampas simpanan senjata milik seorang aktivis anti-junta.

Penemuan itu adalah terbaharu melibatkan anggota Gerakan Baju Merah, sebuah kumpulan politik yang setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Semalam, polis menjumpai berpuluh-puluh senapang, bom tangan dan beribu butir peluru di sebuah rumah milik pemimpin kumpulan berkenaan, Wuthipong Kochathamakun.

Polis turut menahan sembilan lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan plot pembunuhan tersebut.

“Kami percaya senjata yang ditemukan bukan untuk menembak burung tetapi bertujuan membunuh Prayuth,” kata Ketua Polis Negara, Jakthip Chaijinda. – REUTERS

Related Posts

Bahasa Melayu

RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol

Bahasa Melayu

Enam suspek serangan bom di Pattani ditahan

Bahasa Melayu

Siapa dalang dua letupan kereta penjajah ?

Bahasa Melayu

Bom di Pattani 4 tentera maut 5 cedera parah

Bahasa Melayu

Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan