Lebih 50 tiang elektrik dimusnahkan di Patani

Selatan Thailand terpaksa bergelap

GAMBAR hiasan. Ekoran merosakkan tiang elektrik, beberapa bahagian
GAMBAR hiasan. Ekoran merosakkan tiang elektrik, beberapa bahagian di Thailand terpaksa bergelap. – Agensi

PATTANI 7 April – Sebahagian besar kawasan di empat buah wilayah di selatan Thailand bergelap selepas kumpulan yang tidak dikenali melakukan sabotaj dengan memusnahkan lebih 50 tiang elektrik di wilayah berkenaan awal pagi ini.

Lebih 40 bom diletupkan dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam yang memusnahkan tiang elektrik dan menyebabkan wilayah berkenaan berada dalam kegelapan sepenuhnya.

‘Sebanyak 52 tiang elektrik di 19 daerah di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla dimusnahkan dalam serangan sabotaj. Bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya di beberapa kawasan terlibat,” kata jurucakap tentera Wilayah 4, Kol Pramote Prom-in.

Selain serangan bom yang memusnahkan tiang elektrik, pihak yang bertanggungjawab juga menaburkan paku, tayar yang terbakar dan melakukan tindakan sabotaj lain.

Menurut Pramote, pihak tentera tidak menerima sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan disebabkan serangan itu. – BERNAMA

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand