Hospital tentera di Bangkok dibom, 24 cedera

 

Hospital tentera di Bangkok dibom, 24 cedera

Lokasi kejadian – Foto Photo: K5_Rescue/Twitter

BANGKOK – THAILAND . Pihak polis mengesahkan letupan yang berlaku di sebuah hospital yang dikendalikan pihak tentera di sini adalah disebabkan letupan bom , kata Timbalan Ketua Polis Negara, Jen Srivara Rangsibrahmanakul hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi waktu tempatan di Hospital Pramongkutklao itu, seramai 24 orang cedera akibat terkena serpihan dan kaca pecah.

“Pihak polis menemui sebahagian bahan bom seperti kabel dan wayar, tetapi belum dapat menentukan jenis bomnya,” katanya kepada pemberita di hospital itu dan menambah anggota pemusnah bom masih mencari bahan bukti.

Srivara berkata pihak berkuasa masih menyiasat motif pengeboman dan tidak mahu membuat spekulasi bahawa kejadian mempunyai kaitan dengan ulang tahun ketiga rampasan kuasa pihak tentera ke atas kerajaan awam.

Pada hari ini tiga tahun lalu, Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa dan membentuk kerajaan pimpinan tentera yang diketuai Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha.

Srivara yang mengutuk kejadian itu dan pelakunya berkata beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon yang juga Menteri Pertahanan.

Prawit turut bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara.

Pengarah hospital berkenaan, Lt Jen Sabot Khiewkaji berkata letupan berlaku di hadapan bilik farmasi di hospital itu yang turut dibuka kepada orang awam.

Ketua pasukan pengendali ancamam bom polis, Kol Kamthorn Quicharoen pula berkata letupan disyaki berpunca daripada sebutir bom.

Pada 5 April lalu, sebuah bom paip meleteup di hadapan Bangunan Loteri Kerajaan di jalan Ratchadamnern yang menyebabkan dua orang cedera dan minggu lalu, sebuah lagi bom paip meletup berdekatan bangunan Teater Kebangsaan di  Sanam Luang yang mencederakan dua orang.

Tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab ke atas letupan terbaharu itu. – Bernama

Related Posts

Bahasa Melayu

14 termasuk kanak-kanak cedera serangan bom di Sg Golok

Bahasa Melayu

Bom di Narathiwat 10 tentera penjajah Thai cedera

Bahasa Melayu

5 Tentera penjajah Thai maut dan 4 cedera parah di Pattani

Bahasa Melayu

Polis Thai maut di Narathiwat

Bahasa Melayu

Empat maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan di Thailand