Enam suspek serangan bom di Pattani ditahan

Serangan bom

Gambar hiasan

PATTANI – THAILAND. Pihak berkuasa Thailand menahan enam suspek kes serangan bom pada 22 September lepas di daerah ini yang mengorbankan empat anggota keselamatan dan mencederakan enam yang lain.

“Kami berjaya menahan enam individu yang disyaki di bawah undang-undang tentera. Seorang daripada mereka mengakui terlibat dengan serangan bom tersebut dan menyertai gerakan (militan) 2011,” kata Ketua Tentera Task Force Pattani Mej Jen Chatuporn Kalampasut.

Pihak tentera Thailand turut membawa seorang daripada suspek itu pada sidang media di sini, hari ini.

Suspek terbabit menutup mukanya sepanjang sidang media serta lawatan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.10 pagi waktu tempatan, bom buatan sendiri yang diletakkan bawah tanah telah meletup ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa anggota tentera sedang melaluinya.

Bom seberat antara 80 hingga 100kg itu meletup dan memusnahkan kenderaan tentera itu, menyebabkan empat anggota maut dan enam lain cedera.

Sementara itu, pada kira-kira 11 pagi ini waktu tempatan, sebutir bom dianggarkan seberat 20kg meletup di pos kawalan berhampiran Kampung Parai, Mae-lan di sini.

Seorang orang awam cedera dalam kejadian terbabit.  – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/global/enam-suspek-serangan-bom-di-pattani-ditahan-1.737064

Related Posts

Bahasa Melayu

Bakar Bas di Yala

Bahasa Melayu

OIC anjur dialog antara agama di Bangkok

Bahasa Melayu

keadaan di Patani kembali bergolak

Bahasa Melayu

Dua suspek militan mati ditembak di Pattani

Bahasa Melayu

RM381.21j kos istiadat bakar mayat Raja Bhumibol